KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna
negeri, Datuk Azizah Mohd. Dun yang terlibat dalam kemalangan di
Kilometer 6 Jalan Kepayan Hotel Airport View, pagi kelmarin tidak
mengalami kecederaan dan kini berada dalam keadaan stabil.
Difahamkan
ketika kejadian berlaku, kenderaan yang dipandu oleh pemandu Azizah,
Yousriesyah Hujin, 33, tidak semena-mena hilang kawalan lalu memasuki
arah bertentangan sebelum melanggar besi penghadang jalan di lokasi
berkenaan.
Selain Yousriesyah, Azizah turut ditemani pengawal
peribadinya, Sairon Amit, 51, dalam insiden berlaku sekitar jam 7.45
pagi itu menuju ke Beaufort dari ibu negeri untuk menghadiri program
rasmi di sana. Dipercayai, insiden itu telah mengakibatkan kaki kiri Sairon tersepit dan memerlukan pembedahan. Ketua
Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria
ketika ditemui berkata pihaknya mengesahkan kejadian berkenaan sambil
menambah insiden itu akan disiasat lebih terperinci. “Kita mengesahkan insiden ini membabitkan seorang menteri Kabinet Sabah dan tiada kenderaan lain ketika kejadian berlaku.
“Kejadian berlaku semasa hujan lebat. Apapun kita akan menjalankan siasatan lebih mendalam,” katanya. Pengarah
Kesihatan Negeri, Dr. Mohd Yusof Ibrahim berkata, Azizah yang
dipindahkan ke Pusat Perubatan Sabah (SMC) kira-kira jam 11 pagi telah
sedarkan diri.
Menurutnya, Azizah tidak mengalami kecederaan
dalaman dan berada dalam keadaan stabil namun mendedahkan pembantu
peribadinya (Sairon) terpaksa memerlukan pembedahan. “Pemandunya
juga berada dalam keadaan stabil. Bagaimanapun pengawal peribadinya
sedang mendapat rawatan rapi ekoran pendarahan di bahagian kaki,”
katanya.
Dr Mohd Yusof berkata Yousriesyah kini dirawat di
Hospital Queen Elizabeth 1 dekat sini dan keadaannya juga stabil
manakala pengawal keselamatan Sairon Hamid, 51, masih memerlukan rawatan
rapi. “Beliau (Sairon) kini masih berada di dalam bilik
pembedahan dan kita masih berusaha memberhentikan pendarahan yang
dialami Sairon,” katanya.
Difahamkan Sairon yang duduk di bahagian
belakang mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat tersepit yang
memerlukan pembedahan. Sementara itu, Setiausaha Perhubungan Awam
menteri itu, Faizal Arshad berkata Azizah dibawa ke Unit Kecemasan
Hospital Queen Elizabeth 1 pukul 8 pagi sebelum dipindahkan di Hospital
Queen Elizabeth 2, Luyang kira-kira pukul 11 pagi.
Faizal berkata
ketika kejadian, Azizah sedang dalam perjalanan menuju ke Beaufort untuk
menyempurnakan beberapa program penting termasuk merasmikan mesyuarat
Umno kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias, di Kampung Lajau, Gadong
di Beaufort.
Menurutnya, Azizah juga dijadualkan merasmikan acara sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di River Park Hotel, Beaufo
No comments:
Post a Comment