ULASAN DATUK ZULKIFLI NORDIN BERHUBUNG KENYATAAN PEGUAM NEGARA A.S







Saya telah membaca kenyataan oleh Peguam Negara Amerika Syarikat Rt. Hon. Loretta E. Lynch mengenai tindakan yang diambil di bawah Inisiatif Pengembalian Asset Kleptokrasi AS untuk membeku dan merampas aset dan hartanah atas dakwaan penyelewengan, salah guna, dan pengubahan secara haram dana oleh individu-individu yang disyaki berkaitan dana 1MDB.

Saya fikir kita sepatutnya memuji dan mengalu-alukan tindakan tersebut kerana secara asassnya ia membantu 1MDB dan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan semula dana yang disyaki dicuri dari entiti negara.

Dibawah Inisiatif Pengembalian Asset Kleptokrasi, sebarang aset dan dana yang berjaya diperoleh akan dipulangkan kepada entiti atau kerajaan yang menjadi mangsa kepada tindakan haram tersebut.

Dan Puan Loretta dengan tegas berkata bahawa tiada dakwaan jenayah dikenakan kepada sesiapa kerana ia adalah prosiding sivil dan nama PM langsung tidak disebut dalam mana-mana dakwaan ataupun dinamakan di dalam prosiding tersebut.

Saya bersetuju dengan kenyataan Pejabat PM dan 1MDB mengenai isu ini.

Walau bagaimanapun, saya mencadangkan kepada PDRM untuk mempercepatkan siasatan mereka di dalam hal ini dan mempertimbangkan untuk mendapatkan bantuan dan kerjasama daripada FBI berhubung maklumat siasatan sehingga kini untuk memastikan pihak yang terlibat akan dibawa ke muka pengadilan.

No comments:

Post a Comment