PBS TINGGALKAN BN?


JAKE KELUAR PBS, LIAWAN TERGUGAT


Dipetik: Harian Ekspres (29.11.2017)

Datuk Johnny Mositun (Setiausaha Agung PBS)
PBS menafikan dakwaan oleh bekas Ketua Pemuda parti itu, Datuk Jake Nointin bahawa parti itu akan meninggalkan pakatan BN. Beliau berkata, tiada asas kepada dakwaan Nointin itu dan menggesa penyokong dan ahli PBS di Bahagian Pedalaman agar bertenang dan memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Umum akan datang. Mositun yang juga Ketua Bahagian PBS Pantai Manis berucap kepada pemimpin Cabang dan Bahagian PBS yang menghadiri taklimat tentang persiapan pemilihan Cabang dan Bahagian PBS, yang menghadiri taklimat tentang persiapan pemilihan Cabang dan Bahagian parti itu tahun depan. Persiapan untuk PRU akan datang juga disenarai dalam agenda mesyuarat.


Menurut beliau, Nointin tidak jujur sepenuhnya tentang mengapa dia meninggalkan PBS dan dengan sengaja merendah-rendahkan bekas partinya itu untuk menunjukkan dirinya sebagai calon berpotensi dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. “Sebagai Ketua Pemuda, beliau berselisih dengan kepimpinan parti dalam banyak isu. Kemudian dalam Kongres ke-29, beliau memihak kepada kumpulan yang menentang Pemangku Presiden Datuk Dr. Maximus Ongkili. 


Sitegiant E-commerce“Kedudukannya dalam PBS menjadi sukar untuk dipertahankan, jadi dia keluar. Dia mungkin fikir nasib politiknya akan lebih baik bersama pembangkang. Malah ujarnya, dia juga cuba memikat STAR yang diketuai oleh Datuk Dr. Jeffrey Kitingan. Beliau meminta untuk dicalonkan untuk Kerusi Dun Liawan dan Kerusi Parlimen Keningau”. Tetapi STAR sudah mengenal pasti calonnya untuk Liawan dan Jeffrey sendiri telah memutuskan untuk bertanding Parlimen Keningau. Beliau diminta bertanding di kerusi Parlimen Pensiangan tetapi Nointin berkeras mahukan Keningau dan meminta Jeffrey untuk bertanding di Pensiangan. “STAR tidak akan memilihnya dan sekarang di telah beralih kepada Warisan,” katanya.

Walaupun sentimen anti-BN dan anti-Malaysia Barat dibangkitkan oleh pembangkang di Sabah, BN secara keseluruhannya kuat dan mampu mengekalkan dua pertiga majoriti dalam PRU akan datang. "PBS masih sebuah parti politik yang kuat, dan kami akan membuktikan nilai kami dalam PRU14 akan datang. Anggota kami, khusunya generasi muda, bersedia untuk membuktikan nilai mereka dan memberikan Huguan Siou (Tan Sri Joseph Pairin Kitingan) penghormatan terbaik sebelum beliau bersara," katanya.


Ulasan: 

Untuk rekod, Tan Sri Pairin Kitingan adalah satu-satunya calon daripada kalangan Presiden Parti yang berjaya mempertahankan kedua-dua Kerusi Parlimen kerusi DUN tradisi beliau (P.180 Keningau dan N.32 Tambunan) untuk tujuh (7) siri pilihan raya. Malahan pengaruh beliau bagi kawasan Parlimen Keningau turut terbukti apabila beliau turut berjaya mengalahkan Tan Sri Joseph Kurup (Presiden PBRS - calon BN) pada PRU tahun 1999 yang mana pada ketika itu PBS adalah parti pembangkang Sabah. 


Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (Huguan Siou) Yang Tidak Tergugat


PRESIDEN KDM CALON BN TIDAK TERGUGAT



Benarkah hanya Jake Nointin calon berpotensi menang bagi kawasan Parlimen P.180 Keningau dan Dun N.34 Liawan?

Tanggapan bahawa beliau merupakan calon berpotensi untuk memenangi kerusi P.180 Keningau dan DUN N34 Liawan dengan pengaruh Warisan, adalah satu tanggapan yang mungkin tidak lebih dari sekadar penyedap cerita untuk membolehkan beliau dipilih oleh kepimpinan Warisan sebagi calon bagi parti Warisan.

Bagi Kerusi P.180 Keningau, satu-satunya calon yang dilihat berpotensi selain daripada calon daripada Barisan Nasional (BN), pastinya tidak lain dan tidak bukan adalah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang juga merupakan adik kepada Tan Sri DSP Joseph Pairin Kitingan. 

Sejak meninggalkan PKR pada Disember 2010, dan menubuhkan United Borneo Front (UBF) seterusnya membawa masuk Parti State Reform Party (STAR) ke Sabah pada 6 Januari 2012 bagi membolehkan beliau bertanding pada PRU13. Akhirnya STAR dijenamakan semula pada Julai 2016 yang dikenali sebagai Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Keupayaan Datuk Dr. Jeffrey menerusi Parti STAR (Sabah Chapter) terserlah pada PRU13 yang lalu, apabila beliau berjaya memperolehi undian kedua tertinggi bagi Kerusi P.180 Keningau (11,900 undi) selepas Tan Sri Pairin dan diikuti dengan calon PKR (7,825 undi). Disebalik kekalahan bagi kerusi Parlimen, beliau berjaya memenangi kerusi Dun N.33 Bingkor dengan majoriti 456 mengatasi calon BN. 

Bagi kerusi DUN N.34 Liawan pula, kerusi berkenaan adalah kerusi yang ditandingi oleh calon UMNO (Datuk Sairin Karno) dan beliau berjaya mempertahankan kerusi berkenaan untuk tiga siri PRU terdahulu (2004-2013). Malah kerusi berkenaan juga merupakan kerusi campuran (Bumiputera Islam, Bukan Islam dan Cina).

Selain itu, wujud juga khabar angin bahawa, kepimpinan Parti Warisan sendiri tidak mempercayai kejujuran Jake menyertai parti berkenaan. Wujud spekulasi beliau akan diletak untuk bertanding di Parlimen Keningau kerana pemimpin Warisan sedar bahawa kerusi berkenaan merupakan kerusi sukar menang dan bagi calon DUN Liawan, beliau (Jake) tidak akan dicalonkan kerana Warisan berkemungkinan meletakkan calon lain.

Ada khabar angin mengatakan bahawa, Pemimpin Warisan sedang menangguk di air keruh, iaitu mereka (Warisan) menunggu mana-mana calon BN yang tidak disenaraikan untuk dicalonkan semula pada PRU14 akan datang untuk ditarik menyertai Warisan.



No comments:

Post a Comment